Monday, December 10, 2012

New iMac~ oh! aku terpesona..

Korang dah tengok iMac terbaru keluaran Apple? Kalau belum, ni ha gambar dia.. Jom jamu mata jap!

Depan


Slim design, so Sexy!
(gambar2 credit to atok GOOGLE)

Cantik kan??
 iMac terbaru ni bukan sahaja nampak cantik pada luarannya malah berkualiti pada dalamannya juga. Selain memberi sentuhan baru pada rekabentuk iMac, Apple juga menaik taraf  komponen teras yang terdapat di dalam iMac terbaru ini sekaligus membawa perbezaan antara iMac keluaran lama dengan iMac terbaru 2012.
Ok, jom tengok spesifikasi ringkas serta harga-harga si Slim Sexy jelita ni!


21.5-inch iMac

Product Image

21.5-inch: 2.7GHz

  • 2.7GHz quad-core Intel Core i5
  • Turbo Boost up to 3.2GHz
  • 8GB (two 4GB) memory
  • 1TB hard drive1
  • NVIDIA GeForce GT 640M with 512MB  
  • PRICE : RM 3,999.00   


  21.5-inch: 2.9GHz

  • 2.9GHz quad-core Intel Core i5
  • Turbo Boost up to 3.6GHz
  • 8GB (two 4GB) memory
  • 1TB hard drive1
  • NVIDIA GeForce GT 650M with 512MB 
  • PRICE : RM 4,599.00


27-inch iMac

Product Image

27-inch: 2.9GHz

  • 2.9GHz quad-core Intel Core i5
  • Turbo Boost up to 3.6GHz
  • 8GB (two 4GB) memory
  • 1TB hard drive1
  • NVIDIA GeForce GTX 660M with 512MB 
  • PRICE : RM 5,499.00  


 27-inch: 3.2GHz

  • 3.2GHz quad-core Intel Core i5
  • Turbo Boost up to 3.6GHz
  • 8GB (two 4GB) memory
  • 1TB hard drive1
  • NVIDIA GeForce GTX 675MX with 1GB 
  • PRICE :  RM 6,199.00

Kelebihan yang ada pada iMac terbaru ini berbanding yang lama selain lebih ringan ialah, kelajuan memproses data dengan teknologi terbaru generasi ke-3 processors Intel Ivy bridge , NVIDIA graphics yang sangat laju, skrin lebar dan cantik yang mengurangkan pantulan sebanyak 75 peratus, teknologi tanpa wayar Bluetooth 4.0, 1TB (5400rpm-7200-rpm) hard drive, memori sebanyak 8GB (dua 4GB)1600MHz DDR3,dan operating system, OS X Mountain Lion.

Walau bagaimanapun, iMac terbaru ini mempunyai kekurangan seperti tiada input HDMI, tiada pemacu optik (yang menyumbang kepada reka bentuk nipis), dan kehilangan port firewire 800 yang boleh didapati pada keluaran sebelum ini. 

So, sesiapa yang berminat nak membeli iMac ataupun barangan Apple yang lain, silalah pergi ke Kedai Apple berdekatan. Kalau di Kota Kinabalu, kedai Apple ada di beberapa buah tempat. Antaranya Kompleks Karamunsing, Centre Point Sabah, Suria Sabah, dan 1Borneo. Ataupun, boleh je order online kat  Apple Store dan dapat free shipping!

Tak susah nak shopping sekarang kan? Segalanya di hujung jari..




No comments:

Post a Comment