Wednesday, December 10, 2014

19 Hard Things You Need To Do To Be Successful


1. You have to make the call you’re afraid to make.

2. You have to get up earlier than you want to get up.

3. You have to give more than get in return right away.

4. You have to care more about others than they care about you.


5. You have to fight when you are already injured, bloody, and sore.


6. You have to feel unsure and insecure when playing if safe seems smarter.


7. You have to lead when no one else is following you yet.


8. You have to invest in yourself even though no one else is.


9. You have to look like a fool while you’re looking for answers you don’t have. 


10. You have to grind out the details when it’s easier to shrug them off.


11. You have to deliver results when making excuses is an option.


12. You have to search for your own explanations even when you’re told to accept the “facts.”


13. You have to make mistakes and look like an idiot.


14. You have to try and fail and try again.


15. You have to run faster even though you’re out of breath.


16. You have to be kind to people who have been cruel to you.


17. You have to meet deadlines that are unreasonable and deliver results that are unparalleled.


18. You have to be accountable for your actions even when things go wrong.


19. You have to keep moving towards where you want to be no matter what’s in front of you.



Credit to: anonymous

Monday, December 10, 2012

New iMac~ oh! aku terpesona..

Korang dah tengok iMac terbaru keluaran Apple? Kalau belum, ni ha gambar dia.. Jom jamu mata jap!

Depan


Slim design, so Sexy!
(gambar2 credit to atok GOOGLE)

Cantik kan??
 iMac terbaru ni bukan sahaja nampak cantik pada luarannya malah berkualiti pada dalamannya juga. Selain memberi sentuhan baru pada rekabentuk iMac, Apple juga menaik taraf  komponen teras yang terdapat di dalam iMac terbaru ini sekaligus membawa perbezaan antara iMac keluaran lama dengan iMac terbaru 2012.
Ok, jom tengok spesifikasi ringkas serta harga-harga si Slim Sexy jelita ni!


21.5-inch iMac

Product Image

21.5-inch: 2.7GHz

  • 2.7GHz quad-core Intel Core i5
  • Turbo Boost up to 3.2GHz
  • 8GB (two 4GB) memory
  • 1TB hard drive1
  • NVIDIA GeForce GT 640M with 512MB  
  • PRICE : RM 3,999.00   


  21.5-inch: 2.9GHz

  • 2.9GHz quad-core Intel Core i5
  • Turbo Boost up to 3.6GHz
  • 8GB (two 4GB) memory
  • 1TB hard drive1
  • NVIDIA GeForce GT 650M with 512MB 
  • PRICE : RM 4,599.00


27-inch iMac

Product Image

27-inch: 2.9GHz

  • 2.9GHz quad-core Intel Core i5
  • Turbo Boost up to 3.6GHz
  • 8GB (two 4GB) memory
  • 1TB hard drive1
  • NVIDIA GeForce GTX 660M with 512MB 
  • PRICE : RM 5,499.00  


 27-inch: 3.2GHz

  • 3.2GHz quad-core Intel Core i5
  • Turbo Boost up to 3.6GHz
  • 8GB (two 4GB) memory
  • 1TB hard drive1
  • NVIDIA GeForce GTX 675MX with 1GB 
  • PRICE :  RM 6,199.00

Kelebihan yang ada pada iMac terbaru ini berbanding yang lama selain lebih ringan ialah, kelajuan memproses data dengan teknologi terbaru generasi ke-3 processors Intel Ivy bridge , NVIDIA graphics yang sangat laju, skrin lebar dan cantik yang mengurangkan pantulan sebanyak 75 peratus, teknologi tanpa wayar Bluetooth 4.0, 1TB (5400rpm-7200-rpm) hard drive, memori sebanyak 8GB (dua 4GB)1600MHz DDR3,dan operating system, OS X Mountain Lion.

Walau bagaimanapun, iMac terbaru ini mempunyai kekurangan seperti tiada input HDMI, tiada pemacu optik (yang menyumbang kepada reka bentuk nipis), dan kehilangan port firewire 800 yang boleh didapati pada keluaran sebelum ini. 

So, sesiapa yang berminat nak membeli iMac ataupun barangan Apple yang lain, silalah pergi ke Kedai Apple berdekatan. Kalau di Kota Kinabalu, kedai Apple ada di beberapa buah tempat. Antaranya Kompleks Karamunsing, Centre Point Sabah, Suria Sabah, dan 1Borneo. Ataupun, boleh je order online kat  Apple Store dan dapat free shipping!

Tak susah nak shopping sekarang kan? Segalanya di hujung jari..




Thursday, December 6, 2012

NOVEL REVIEW: Andai Itu Takdirnya

cover depan

Harga : RM 19.90
Penulis : Siti Rosmizah
~592 hlm
Bahasa Melayu
Penerbit : Buku Prima Sdn. Bhd
 


Novel yang aku rasa, aku cari kat kedai2 buku kat KK ni memang tak pernah jumpa.Yelah..novel popular la kan. Aku kenal novel ni bila aku baca review novel2 kat Atok Google. Rata2 org review mengatakan novel ni memang boleh buat org menangis. So, atas rasa ingin nak test menangis sambil baca novel(chewahh...), aku beli je online kat BBO. Senang cerita, bayar dan tinggal tunggu je kat depan pintu. Tak payah buang minyak kereta dan masa nak cari kat kedai buku lagi. 

Ok-ok back to story,

Novel ini mengisahkan suka duka Aleeya yang berkahwin dengan Syed Aizril setelah mereka ditangkap basah di kondo Aizril.Actually diorang ni diperangkap, tapi Aizril menuduh Aleeya yang bertanggungjawab dalam hal tu. Kesian Aleeya, bukan sahaja dibenci suami dan mertua, dia juga dibuang keluarga setelah bernikah dengan Syed Aizril. Aizril pulak dengan perasaan dendam yg membara kat jiwa, dia menyeksa Aleeya dengan pelbagai cara termasuk memperkosa isterinya sampai Aleeya mengalami trauma yang teruk dan lastly mengandung anak dia.

Selepas itu memang banyak lagi kisah duka Aleeya time mengandung tu. Si Aizril pulak makin hari makin kejam. Sebab apa aku kata kejam? Bini dia tengah sarat mengandung pun dia boleh pukul, hentak kepala bini dia kat tiang. Lepas tu, siap heret lagi bini dia! Aku yang tengah baca pun rasa macam nak pukul je kepala si Aizril tu pakai kayu! haha..over pulak aku ni. Tapi, seyes lah, mmg aku nak sgt pukul si Aizril tu! Time ni la air mata aku dah macam air je mengalir. Sob..sob..sob..

Apa2 pun, Tuhan tu Maha Adil kan.. Aizril dapat pembalasan yg setimpal dgn perbuatan nya,dia cedera teruk disebabkan kemalangan. Sepanjang tempoh pemulihannya, Aleeya yang menjaganya sampai dia sembuh. Demi anaknya Dania, Aleeya yang disahkan mempunyai ketumbuhan di kepala kembali kepada Syed Aizril yang konon nya dah berubah. Kebahagiaan hanya seketika lantaran ego dan sikap cemburu yang tinggi, Syed Aizril membuatkan Aleeya merana kembali. Walaupun hatinya menyintai Aleeya, Syed Airil tetap dengan egonya untuk berkahwin dengan sepupunya,Lin. Lantas, Aleeya pasrah dan membawa diri pergi membawa nyawa yang berbaki.

Adakah itu titik terakhir hidup Aleeya?
 Lalu, sedarkah Syed Aizril akan kekhilafan dirinya? 
Dan adakah Dania menjadi anak yatim?
 Setiap soalan-soalan ini, boleh dijawab bila anda membaca novel ini..hehe
Kalau aku bagitau semua, tak thrill la korang nak membaca nanti.. 

cover belakang

Bagi aku karya Siti Rosmizah yang ini memang terbaik. Penulis berjaya membuat pembaca bersama merasa suka duka watak utama dalam novel ni. Jalan cerita yang tidak membosankan sebab banyak konflik2 yang timbul membuatkan pembaca merasa geram, happy, sedih dan banyak lagi.

FYI, ini karya kedua SR yang aku miliki selepas novel Cinta Kau Dan Aku. Novel ni adalah antara the best book dalam mini library aku. Dan aku sangat2 recommend la sesiapa yang belum memiliki atau membacanya, belilah.. tak rugi! Value for the money! Anda pasti suka dan berpuas hati..

Akhir kata, sebelum nak baca buku ni, sediakan kotak tisu atau sapu tangan.. Depends la, kalau anda jenis yang kuat menangis macam aku ni ha..sedia je tuala terus.Mudah sikit, kalau nak rasa meraung, terus sumbat je tuala dalam mulut.senang..tak bising.haha..
Dan satu lagi,  
AMARAN : membaca novel ini boleh menyebabkan mata bengkak sebab banyak menangis. Ini berdasarkan experience aku ye.. Somi balik kerja pagi tu terus tanya "sakit perut lagi ke?" haha.. dia ingat mata aku bengkak menangis sebab sakit perut. Kalau lah dia tahu, memang dia asyik perli aku je sepanjang hari. Hmmm...

My rate : 5/5






Tuesday, November 27, 2012